Isnin, November 30, 2009

Cinta Pertama


Belajar Utk Bersyukur..


Hari ini dalam sebuah bus

Aku melihat seorang gadis dengan rambut keemasan

Aku berpikir andaikan aku secantik dirinya,

Ketika hendak turun dari bus

Aku melihat dia tersaruk-saruk di antara tempat duduk

Dia hanya memiliki satu kaki dan menggunakan kruk (tongkat penyangga)

Tetapi ketika dia melihatku dia tersenyum dengan manisnya.

Ya Allah, ampuni aku ketika aku tidak bersyukur

Aku memiliki dua kaki, dunia ini adalah milikku.

Aku berhenti sejenak untuk membeli permen

Anak lelaki yang menjual permen itu sangat tampan

Aku bercakap-cakap dengannya dan dia tampak sangat bahagia

Ketika aku hendak meninggalkannyadia berkata padaku,

"Kamu sangat ramah padaku, terima kasih.Tidak semua orang mau berbicara denganku, karena aku buta.

"Ya Allah, ampuni aku ketika aku tidak bersyukur

Aku mempunyai sepasang mata, dunia ini adalah milikku

Ketika aku berjalan di pesisir kota

Aku melihat anak lelaki kecil bermata biru

Dia berdiri dan melihat orang-orang bermain

Dia nampak murung, tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Aku mendekatinya dan berkata,

"Mengapa kau tidak bergabung dengan anak-anak itu?"

Dia menatapku, tanpa mengucapkan sepatah kata

Baru aku sadar, dia tak dapat mendengar,

Ya Allah, ampuni aku ketika aku tidak bersyukur kepada-Mu

Aku mempunyai sepasang telinga, dunia ini adalah milikku

Dengan kedua kakiku, aku meneruskan perjalananku

Dengan kedua mataku, aku melihat kilau matahari terbenam

Dengan kedua telingaku, aku dapat mendengar apa yang aku mau

Ya Allah, ampuni aku ketika aku tidak bersyukur

Aku memiliki segalanya dalam ragaku,

Dunia ini milikku

Betul kata pepatah,Bahwa kita tidak menyadari apa yang kita miliki

Hingga milik kita diambil oleh-Nya

Dan kita tidak menyadari apa yang pernah hilang hingga Allah memberikan hal itu padakita.


Astaghfirullahaladzim...---------------------- ------------------------


Ya Allah,Jadikan aku orang yang bersyukur, agar aku memiliki kekayaan hati....Jadikan aku orang yang bermanfaat bagi orang lain, karena disanalah aku kan menemukan nilai diriku dalam hidup ini...Jadikanlah aku orang yang selalu dapat bersyukur atas nikmatMuBaik di saat lapangku maupun di saat sempitkuDan jangan Engkau jadikan aku orang yang kufur terhadap nikmatMu..Amiin.

Takutilah Allah







Renungan Bersama


RENUNG²KANLAH DEMI KESABARAN DALAM APA JUA PERMINTAAN..Pendek ja statement ni..tapi banyak makna dlm diri kita.

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Warkah Buat Isteri Tersayang.........

Sayangku,Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu.
Ya Allah…Ampunilah dosa-dosa isteriku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.

“Ya Rahim…Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Agar ditangannyalah nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.”
“Ya Rahman…Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”

“Ya Rabbi…Lembutkan hati isteriku agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu. Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.”
Sayang,Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini… pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkanpun masih bertemu.

Makhluk yang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua. Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara.

Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.
Sayang… bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang.

Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha?
Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti. Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati.
Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah!

Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya.

Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek:“Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.

Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.Isteriku, jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian itu!

6 Cara Untuk Disukai


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda, panduan mengenai 6 cara bagaimana untuk membuatkan kita disukai orang lain. Sama-samalah kita praktikkan tips ini untuk mendapat manfaatnya.


1- SUKA PADA ORANG LAIN
Syarat pertama dan utama untuk anda disukai orang ialah ANDA MESTI SUKA PADA ORANG LAIN dulu. Anda seharusnya mempunyai perasaan minat dan suka pada orang lain dengan ikhlas. Kalau anda tak suka pada orang lain, mana mungkin anda akan disukai oleh orang lain pula?


2- SENYUM
Senyumlah sentiasa. Semua orang suka pada orang yang murah senyumannya. Senyumlah dari hati. Walaupun muka/wajah anda tak hensem, tapi kalau anda senyum, pasti nampak lebih manis dan menarik. Jadi, banyakklah senyum kerana senyum itu sedekah.


3- INGAT NAMA ORANG LAIN dan UCAPKAN NAMA ITU DENGAN NADA YANG PALING BAIK.
Semua orang suka kalau namanya diingati. Cuba bayangkan kalau ada kawan anda yang tidak mengingati nama anda. Apa perasaan anda? Jadi, sila ingat betul2 nama seseorang jika ingin disukai. Dan kalau boleh, ingat nama panggilan yang paling disukainya dan sebutlah nama tersebut dengan panggilan paling baik dan mesra.


4- JADILAH PENDENGAR YANG BAIK
Jadilah pendengar yang baik lagi setia kalau mahu diri anda disukai. Pokoknya, bagaimana mahu menjadi pendengar yang setia?? Senang saja, kurangkan bercakap tentang diri sendiri sebaliknya banyakkan memberi peluang kepada orang lain untuk bercerita tentang diri mereka. Tanya soalan dan beri dorongan kepada orang lain supaya mereka seronok bercerita tentang kisah2 dan pengalaman mereka.


5- BERCAKAP HANYA PADA TOPIK/ISU YANG MENARIK PERHATIAN ORANG LAIN
Kalau anda suka bercerita dan bercakap, pastikan anda hanya bercakap tentang perkara2 yang disukai/diminati oleh orang lain. Kalau mereka minat politik, cakap hanya pasal politik. Kalau mereka minat pasal bola, cakaplah pasal bola. Jangan banyak bercakap pasal apa yang anda minat. Kalau anda hanya suka bercakap pasal perkara yang anda minat, pasti orang lain akan berasa jemu dan bosan dengan anda. Jadi ingat! Hanya bercakap tentang perkara2 yang orang lain minat.


6- BUATKAN ORANG LAIN RASA DIRI MEREKA ITU SANGAT PENTING DAN DIHARGAI
Kalau boleh cuba buatkan orang lain berasa bahawa diri mereka itu sangat penting pada anda. Dan anda sangat menghargai diri mereka. Buatlah mereka berasa sedemikan DENGAN IKHLAS. Tunjukkan keihkhlasan anda pada mereka. Hormati dan hargailah mereka seadanya.
Selamat mempraktikkannya…

BILA KITA SAYANGKAN ORANG LAIN...

BILA KITA SYG ORG TU, KITA TERIMA JE APA YG ORG TU KATA
TP BILA DIA KATA KITA?
HATI KATA TAKPE MANUSIA TAK PERFECT....

BILA KITA SYG ORG TU
KITA TNGGU DIA LAME PN X PE
TP BILA DIA TNGGU KITA???
DIA MRH2..HATI KATA ALA, ADATLAH ADA YANG MNUNGGU N DTNGGU....

BILA KITA SYG ORG TU
KITA X TDO PN X PE LYN DIA YG NGAH BOSAN,
TP BILA KITA BOSAN
ADA DIA LYN KITA?
HATI KATA X PE DIA BUSY KOT.....

BILA KITA SYG ORG TU
KITA GDH NGAN DIA, KITA DIAM JE
TP DIA HEBOH 1 DUNIA
HATI KATA X PE, DIA TENSION TU.....

BILA KITA SYG ORG TU
KITA KOL NAK CKP NGAN DIA
TP DIA BG PHONE KAT ORG LEN
BILA JD CM2,HATI KATA, X PE, LYN JE, KWN DIA, KWN KITA GAK....

BILA KITA SYG ORG TU
KITA BERCERITA DGN DIA,IBARAT CRITA NGAN TUNGGUL LG BAIK
TP BILA DIA BERCERITA NGAN KITA
KITA DGR, SEPATAH2 KITE INGTHATI KATA X PE SYG LA KATAKN...

BILA KITA SYG ORG TU
KITA N DIA LAPAR
TP KITA BG SUME ROTI KITA KAT DIA
HATI KATA, ALA JAGALH HATI DIA, CIAN DIA...

BILA KITA SYG ORG TU
KITA SANGGUP BG DIA REST BILA DIA LETIH,
TP BILA KITA LETIH, DIA SRH JUGAK KITA LYN DIA
BILA DIA BOSAN ADIL KER?
HATI KATA,ALA BUKAN SELALU PUN..

BILA KITA SYG ORG TU
KITA JADI CAM ORG GILA BLA DENGAR DIA SAKIT,
TP BILA KITA SAKIT,DIA SIAP KUAR NGAN KWN2 DIA MERAIKAN HARI KESAKITAN KITA,
HATI KATA, ALA X PE, X KN DIA NAK BERKEPIT NGAN KITA 24 JAM....

BILA KITA SYG ORG TU KITA X PRNH PNTINGKAN DIRI SNDRI
TP DIA HPOKRIT THP GABAN
HATI KATA X PE, DIA MMG CM2 KENE LAH TRIMA..

BILA KITA SYG ORG TU
KITA SYG NK TNGGLKN DIA SLAMA2NYA
TP DIA X TAHU KITA BERDPN DGN MAUT
WLPN KITA SKT,DIA KATA KAT KITA,SAKIT BESE2 JER, JGN NK MNGARUT
HATI KATA, CMNELAH DIA BILA KITA XDE, MSTI DIA HEPI

BILA KITA SYG ORG TU
KITA X SNGGP TNGK DIA DERITA
TP DIA X PRNH HARGAI DIRI KITA
HATI KATA, TAU X BTAPA KITA SYG KAN DIA????

BILA KITA SYG ORG TU
KITA SNGGUP TNGGLKN DIA SELAMA2NYAUNTK DIA BHGIA
TP ADAKAH DIA TAHU PNGRBANAN YG KITA LAKUKAN ITU???...

Sabtu, Oktober 03, 2009

Madah

http://hnmawaddah.blogspot.com/
Berjuang itu berat, hanya hati yang benar-benar pejuang sanggup terus bertahan.
Moga Allah sudi izinkan kita bersama perjuangan kebenaran

Buatmu Muslimah

D'petik dr blog..http://hnmawaddah.blogspot.com/

Wahai Muslimah, Mukminah, Muslehah, Mujahidah..
Dirimu dan diriku adalah sama
Kita diciptakan untuk meneruskan perjuangan
untuk mengabdikan diri kpd Khaliq
meneruskan kehidupan
Membangkitkan semangat bagi mujahid yang hampir rebah

NAMUN MUSLIMAH..

Di manakah dirimu tatkala Islam sedang gawat?
Di dalam pelukan jilbab atau pelukan ajnabi?
Insaflah Muslimah..
Tidak Allah jadikan kita
melainkan dengan hikmah
yang perlu kita terokai
yang perlu kita sedari
Agar kita..diredhai Illahi..
Wanita, muslimah, puteri, permaisuri, ibu, kakak, adik, isteri, sayap kiri perjuangan Islam
Bangkit bersama para mujahid
Kembali menegakkan agama Allah yang indah ini
selagi tubuh bernyawa..
Sedarlah wahai Muslimah..
Sedarlah..
Biar seluruh alam merasakan rahmat kehadiranmu, kewujudanmu
dan bukan merasakan kesan dosa dan kesalahanmu..

Sangka Buruk

Hussien dan rakan-rakannya pergi ekspedisi ke Turki. Di sebuah muzium mereka melihat satu tugu seorang lelaki wara', berserban, berjubah, berjanggut, berjambang dan memegang tasbih panjang.

Eish..Eish..Eish..Wara' habis!! Namun.....ada sebuah tugu seorang perempuan seksi melebihi 300 darjah Celcius sedang berpaut di kaki lelaki warak tadi dengan aksi manja.

Hussien: Apakah cerita di sebalik tugu ini agaknya ye?

Karim: Sejak zaman dahulu lagi para musuh Islam sudah menggunakan perempuan sebagai senjata untuk menjatuhkan tokoh-tokoh Islam. Perempuan-perempuan itu adalah perisik-perisik yang diupah untuk merosakkan umat Islam dari dalam.

Rahman: Sebenarnya yang dapat dilihat di sini, beginilah keadaan pejuang-pejuang Islam yang akhirnya kecundang dengan godaan wanita sehingga akhirnya empayar Turki yang mahsyur itu pun tumbang.

Hussien: Erm..mungkin juga sebenarnya inilah gambaran isteri-isteri solehah yang berkhidmat dan menghiburkan hati suami dengan sepenuh hati sehingga akhirnya para pejuang Islam bersemangat dan dapat menawan tiga perempat dunia dulu.

KESIMPULANNYA....Bersangka baik itu lebih baik dari bersangka buruk apatah lagi hanya sekadar pada dua ketul batu. Ringkas, tapi padat kan??
Sumber: ABU NAWAS THE 2ND

Jumaat, September 11, 2009

HARAPAN IBU & AYAH


Untuk Puteriku..............!
Jadilah insan yang berani menyatakan kebenaran walau ia pahit sekalipun.
Jadilah insan yang mampu membaca tulisan alam yang terbentang di hadapan kalian.

APA YANG PATUT DIKATA.............

APA YANG PATUT KITA KATA
1.BILA KENA UJI DENGAN KELAPARAN, KETAKUTAN, KEKURANGAN HARTA DAN SEBAGAINYA "
AKU DIHUKUM KERANA DOSAKU AKU MEMOHON AMPUN KEPADA-MU YA ALLAH"

. 2. APABILA TUHAN TENTUKAN SESUATU TIDAK SEPERTI YANG KITA MAHU KITA BERKATA "
AKU REDHALAH, ALLAH LEBIH BIJAKSANA DARIKU" KETENTUAN ALLAH LEBIH BAIK DARI KEHENDAKKU.

3. JIKA KITA LIHAT SESEORANG ITU MEMPUNYAI KEAIBAN DAN KELEMAHAN KITA BERKATA "KASIHAN ORANG ITU, BERILAH DIA PETUNJUK YA ALLAH"

4. JIKA SAMPAI KEPADA KITA ADA ORANG MENCACI KITA DI ATAS KEBURUKAN KITA KITA PUN BERKATA "

JIKA BENAR APA YANG DIA KATA, AMPUNKANLAH DOSAKU YA ALLAH, BERILAH AKU PETUNJUK JIKA APA YANG DIKATAKANNYA ITU DUSTA, AMPUNKANLAH DOSANYA, BERILAH DIA PETUNJUK"

Tahniah!!!!!!!!!!!!

Kepada kakitangan awam kumpulan sokongan (DB 17) tahniah ducapkan kerana mendapat jawatan tetap, dan jgn lupe pada semua.............

Renungan...........

Merenung masa depan...........
Yang entah bile sudahnya........

Mungkinkah?

Ramadhan akan berlalu ...............
Syawal akan menjelma..............
Mungkinkah kita bertemu ngan ramadhan yang akan datang.

Khamis, September 10, 2009

Manusia hari ini suka bersangka-sangka...

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu keranan mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangaka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..

Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya

Salam Ramadhan

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Kepada Semua . Semoga Kita Mengambil Peluang Yang Terbuka Luas Sepanjang Bulan Yang Mulia Ini.
Terima Kasih.

Jumaat, Ogos 28, 2009

Anakku Sofia




Dengarlah nasihat ibu & ayah.Jadilah anak solehah yang berguna pada bangsa, ugama dan negara.

KENANGAN INDAH BERSAMAMU.......



I am blogger

Begitu seronoknya kekwn semua..... kalau ente ikut macam ana, jadi seorang blogger. Macam-macam ada best sangat tak boring.

Rabu, Ogos 26, 2009

Selamat Datang ke blog saya

Hai, Saya Cik Nana! Selamat datang ke blog saya!